# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DRi28meCZfF
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/37861917-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/3d27488984.jpg
- **Posted:** 2025-11-27T03:22:42.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Selepas 10 tahun pelaksanaan Program Felo Perdana (2013–2023), kini tiba masanya program ini diberi suntikan dan nafas baharu agar terus relevan dengan perubahan landskap belia dan pentadbiran negara.

Berdasarkan dapatan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Felo Perdana dan Felo Korporat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), satu Bengkel Penambahbaikan dan Pemurnian Program Felo Perdana telah diadakan. Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, antaranya:

✅ Jabatan Belia dan Sukan Negeri
✅ Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson
✅ Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
✅ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
✅ Pakar Rujuk Akademik
✅ Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
✅ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
✅ Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
✅ Wakil Pejabat Menteri Belia dan Sukan
✅ Pejabat EXCO Belia dan Sukan Negeri
✅ Perdana Fellows Alumni Association (PFAA)
✅ Majlis Belia Malaysia (MBM)
✅ Bahagian dan unit strategik KBS seperti Unit Integriti, Dasar dan Perancangan Strategik, Pengurusan Sumber Manusia serta Pengurusan Maklumat KBS

Bengkel yang berlangsung dari 19 hingga 21 November 2025 ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN. Turut hadir Puan Laila Nazura Nawi, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN.

Program Felo Perdana merupakan platform pementoran dan latihan industri yang bertujuan melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan relevan dalam sistem pentadbiran negara.

Melahirkan belia yang dinamik dan berdaya saing dalam sistem pentadbiran negara, JBSN Komited! ⚡️

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #FeloPerdana #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

hannahyeoh adamadli_ nagu_kbs kbsmalaysia belia.my_ rakanmudaofficial

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 62
- **Shares:** 0
- **Comments:** 1

## Tags

jbsnkomited, teamjbsn, feloperdana, rancakkanmadani, teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja

---
Copyright (c) Gondola