# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DQO0QcXiTid
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/37862059-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/c1db4ed500.jpg
- **Posted:** 2025-10-25T12:03:00.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Sebuah kajian melaporkan bahawa 1 daripada 4 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun berdepan perasaan murung, manakala lebih 12 peratus remaja di kawasan PPR Lembah Klang pernah terfikir untuk mencederakan diri atau membunuh diri. 😰

Prihatin terhadap isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil langkah proaktif meluncurkan Projek Dengar Rakan Muda, sebuah platform sokongan emosi dan sosial percuma.

Disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, inisiatif di bawah gaya hidup Rakan Muda – Rakan Prihatin ini dilaksanakan dengan kerjasama UEM Sunrise Berhad, HELP University dan The Befrienders Kuala Lumpur, bagi menyediakan ruang selamat untuk belia berkongsi dan didengari.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, menggalakkan belia mendapatkan bantuan profesional, serta menggerakkan kesejahteraan emosi dalam komuniti belia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise Berhad, Naib Canselor HELP University, dan Pengerusi The Befrienders Kuala Lumpur.

Tanpa stigma, tanpa prejudis.

Kami sedia mendengar, JBSN Komited! ⚡️

P.S.: Jumpa kami setiap Sabtu, minggu pertama setiap bulan mulai 1 November 2025, dari 10 pagi hingga 2 petang di The Square, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur. 🫶🏼

#ProjekDengarRakanMuda #TeamKBS #TeamJBSN #RakanMuda #YakinBoleh #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

hannahyeoh adamadli_ nagu_kbs rakanmudaofficial belia.my_

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 50
- **Shares:** 0
- **Comments:** 1

## Tags

jbsnkomited, teamjbsn, rancakkanmadani, rakanmuda, teamkbs, yakinboleh, malaysiamadani, madanibekerja, projekdengarrakanmuda

---
Copyright (c) Gondola