# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DTMyIrnCXti
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/38613362-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/2709005af8.jpg
- **Posted:** 2026-01-07T06:40:10.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Kolaborasi KBS-MBM Salur Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut ke Lokasi Terjejas 🔥⚡️

Peranan golongan belia amat signifikan dalam pembangunan negara, termasuk dari aspek kesukarelawanan dan bantuan kemanusiaan, khususnya ketika negara berdepan dengan situasi bencana. 💪

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), telah menggerakkan Misi Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut 2025/ 2026 bagi membantu komuniti terjejas. 🚚

Majlis pelepasan misi ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan bersama-sama YBrs. Pn. Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS; YBrs. En. Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS; Pn. Azura Hj. Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN serta Sdr. Izzat Afifi, Presiden MBM. 🏁

Misi ini membawa sebanyak 852 set bantuan merangkumi kit pakaian dalam, kit kebersihan diri serta barangan keperluan harian yang akan diagihkan ke enam (6) lokasi terlibat iaitu Segamat, Miri, Kota Kinabalu, Tenom, Beaufort dan Kota Belud.📍

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KBS dan rakan strategik dalam memperkukuh peranan belia sebagai ejen perubahan serta barisan hadapan dalam membantu masyarakat ketika saat mencabar. ✌️

Rakan Prihatin, JBSN Komited! ⚡️

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #MenggerakBelia 

taufiqjohari mordibimol nagu_kbs

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 121
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teamkbs, menggerakbelia, malaysiamadani, jbsnkomited, teamjbsn

---
Copyright (c) Gondola