# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DV0RmbRD0AA
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/59563798-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/27d30798d8.jpg
- **Posted:** 2026-03-13T07:48:16.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Program Hari Kebesaran Islam sempena Nuzul Al-Quran 1447H/2026M dan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS dengan kerjasama Biro Kerohanian PUSPANITA Cawangan KBS serta Surau Al-Qawiyyun Al-Amin telah diadakan pada 12 Mac 2026 di Menara KBS secara hibrid.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Musidah binti Mohid @ Mohamad, Pengerusi PUSPANITA KBS; YBrs. Puan Rai’dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS dan Encik Mohd Izwan bin Izham, Pengerusi Surau Al-Qawiyyun Al-Amin. 

Majlis dimulakan dengan sesi tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Fazrul bin Ismail, Pentadabbur My #QuranTime Malaysia dan World #QuranHour. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Qari rancangan My #QuranTime TV Al-Hijrah serta Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2010 dan 2016 sebagai simbolik penutup kepada program tadarus sepanjang Ramadan.

Seramai 378 orang peserta yang terdiri daripada warga kementerian, jabatan serta agensi di bawah KBS di seluruh Malaysia telah menyertai program ini. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada 80 peserta tadarus Al-Quran yang telah menjayakan program tadarus sepanjang Ramadan.

Semoga nilai dan pengajaran daripada Al-Quran terus diamalkan dalam kehidupan seharian serta membimbing warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  MalaysiaMADANI  RancakkanMADANI MADANIBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 34
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teamkbs, quranhour, kitasemuateammas, qurantime

---
Copyright (c) Gondola