# @fatah_ishak on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DQl6xKdD9eR
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/63325576-fatah-ishak-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/38b01995d0.jpg
- **Posted:** 2025-11-03T11:22:25.000+00:00
- **Account Owner:** Fatah Ishak (@fatah_ishak) — https://gondola.cc/fatah_ishak

## Caption

Akaroa Top 10 Holiday Park — nama saja “Top 10”, tapi bukanlah maksudnya tempat ini tersenarai dalam sepuluh terbaik. Ia sebenarnya kawasan rehat untuk pengembara motorhome: tempat untuk buang sisa, isi air bersih, caj elektrik, cuci pakaian, dan mandi puas-puas. Bayarannya murah, kemudahannya dikongsi. Kami singgah di sini selepas lebih 200km perjalanan dari Lake Tekapo. Kebetulan, ada pasangan Melayu parkir di sebelah kami — tak sempat bertegur lama, esoknya mereka sudah berangkat.

Akaroa, sebuah bandar kecil di pesisir Banks Peninsula, New Zealand, memukau dengan sejarah kolonial Perancisnya. Senibina lama, nama jalan berbahasa Perancis, dan suasana tepi laut yang tenang di kawah gunung berapi yang telah padam — semuanya menjadikan Akaroa begitu istimewa. Di pelabuhannya, anda mungkin berpeluang melihat lumba-lumba Hector yang jarang ditemui. Dari Christchurch, ia cuma sejengkal perjalanan.

Lalu terlintas satu persoalan: adakah kita ini pengembara, atau pelancong?
Pelancong pergi untuk bercuti; pengembara pergi untuk mencari makna. Pelancong hanya ingin berkata “aku sudah sampai ke sana”, sedangkan pengembara datang untuk mengalami — mencuba, menyelami, dan memahami. Tiada jalan sukar bagi pengembara, cuma jalan yang memudahkan perjalanan jiwa. Pelancong melihat tempat; pengembara merasai tempat itu.

Itulah beza kecil yang menjadikan perjalanan — bukan sekadar destinasi — lebih bermakna. #akaroa

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 0
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

akaroa

---
Copyright (c) Gondola