# @fatah_ishak on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DMjcEtQv2te
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/63325810-fatah-ishak-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/f76e9cc2c6.jpg
- **Posted:** 2025-07-26T02:10:09.000+00:00
- **Account Owner:** Fatah Ishak (@fatah_ishak) — https://gondola.cc/fatah_ishak

## Caption

Di kaki Mount Cook, aku berdiri bersama keluarga. Dingin angin pergunungan menggigit tulang, salji keras membentang tanpa belas. Kami tak ke puncak—bukan seperti Roys Peak yang ramah pada pelancong berkamera. Di sini, batuan dilapisi ais adalah amaran senyap. Tanpa alat, tanpa ilmu, ia bukan permainan. Ia medan sebenar, bukan untuk memburu like.

Di sinilah langit bertemu bumi dengan jujur. Tak seperti Sydney, tempat aku pernah menjelajah dari celah bangunan pencakar awan hingga ke lorong sunyi suburb yang tiada siapa peduli. Setiap jalan, setiap simpang, telah aku redah sebagai penghantar makanan. Ironinya, tempat-tempat itu tinggi dan sibuk, tapi kosong. Di sini, di Aoraki, jiwaku terasa penuh.

Kita sering ditipu oleh janji persaingan, sedang fitrah kita adalah kerjasama. Gunung tak pernah bersaing dengan langit, tapi saling melengkapkan lukisan alam. Dan dalam sunyi gunung inilah, aku terdorong merenung lebih dalam tentang dunia yang aku tinggal di belakang—media sosial.

Sudah lama aku gelisah, tapi aku diam. Hari ini, aku tulis. Kerana aku tahu, sesuatu harus dilepaskan apabila ia mulai meracuni tujuan. Aku pernah tawan hampir setiap sudut landskap; musim panas, ribut, salji, dan kabus. Kamera ku penuh dengan cerita yang belum dikongsi. Tapi naluri aku sudah tak mahu lagi menunjuk. Tak mahu lagi berlumba. Tiada lagi apa-apa yang perlu dibuktikan.

Aku tahu benar bagaimana platform ini telah mencipta dan membunuh dalam senyap. Ia rangsang dopamin, mencipta candu, dan diam-diam menyaring hidup jadi tontonan. Aku pernah menjana ratusan ribu dari persona maya ini—sebuah watak yang aku bina perlahan, demi kelangsungan hidup. Tapi kini aku rasa cukup. Dunia sebenar lebih dalam, lebih tulen, dan lebih penting.

Media sosial dulunya jambatan, kini menjadi sangkar. Dan aku, seperti pendaki yang sedar dia tersesat, ingin kembali ke pangkal jalan. Ke sunyi yang tidak menuntut. Ke damai yang tidak bersyarat. Ketenangan ini tidak akan viral, tapi mungkin lebih kekal. Dan mungkin, lebih hampir kepada yang Abadi.

Sekian.
— Sebuah catatan dari antara langit dan salju.

#realnz #teanau #newzealand #nz #nzsouthisland

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 15
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teanau, nzsouthisland, nz, realnz, newzealand

---
Copyright (c) Gondola