# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DXeIBqzCb-7
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/64428879-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/c0bb9622a8.jpg
- **Posted:** 2026-04-23T10:24:06.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

KIBAR 2026 – Platform Santuni & Angkat Aspirasi Anak Muda 🔥⚡️

Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 kini bermula! 🚀

Menjelajah ke 17 lokasi seluruh negara, KIBAR 2026 tampil sebagai platform untuk mendengar sendiri suara, aspirasi, cabaran dan inspirasi anak muda di peringkat akar umbi. 💬

Dengan pengisian seperti sesi dialog, perkongsian ilmu dan aktiviti interaktif, program ini memberi ruang kepada belia terutama yang tidak berpersatuan supaya lebih dekat dengan peluang, jaringan serta inisiatif kerajaan.💡

Majlis Peluncuran KIBAR 2026 telah disempurnakan oleh YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang, Selangor dan disusuli penyampaian cek cura Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan serta Program Dari Belia Untuk Belia. 💪

Hadir sama ialah YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). 😎

Kembara ini akan terus merentasi Laut China Selatan, dengan destinasi seterusnya di Kampung Semeba, Kuching, Sarawak pada 27 April ini. ✈️

Perkasa belia akar umbi, JBSN komited!

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #KIBAR2026 

taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 67
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

jbsnkomited, teamjbsn, kibar2026, teamkbs, malaysiamadani

---
Copyright (c) Gondola