# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DXRfog3iSqB
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/64428888-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/e15dabbd79.jpg
- **Posted:** 2026-04-18T12:40:16.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Fiesta Rakan Muda @ Terengganu X Play True Day 2026 🔥⚡️

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperkasa potensi anak muda melalui pelbagai pengisian berteraskan gaya hidup Rakan Muda yang berperanan sebagai medium penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan, kepimpinan serta gaya hidup sihat. 💪

KBS juga bertekad untuk memperluas dan menerapkan pengamalan nilai integriti, kejujuran dan persaingan sihat dalam sukan yang seharusnya menjadi nilai kepada belia masa kini. 🤝

Justeru, penganjuran Fiesta Rakan Muda @ Terengganu X Play True Day 2026 yang disempurnakan oleh YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menjadi platform terbaik untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan sukan bersih (clean sport) serta menolak segala bentuk penipuan dalam arena sukan. 💪✨

Turut berlangsung Majlis Perasmian Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan air serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 🌊🏆

Ayuh bersama kita jayakan gaya hidup aktif, sihat dan berintegriti! 🔥

#TeamKBS #playtruechallenge #playtrueday #MalaysiaMADANI 

taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 41
- **Shares:** 0
- **Comments:** 1

## Tags

teamkbs, playtruechallenge, malaysiamadani, playtrueday

---
Copyright (c) Gondola