# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DYWSJefiZUX
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/65435534-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/39d87cd92c.jpg
- **Posted:** 2026-05-15T05:50:02.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

PMX Rasmi Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan 2026 🎙️🔥

15 Mei setiap tahun menjadi tarikh keramat buat seluruh anak muda Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama. 🇲🇾

Bertemakan Menggerak Belia MADANI, tarikh ini terus diabadikan dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2026 dan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.💥

Penganjuran sambutan ini merupakan manifestasi penghargaan tertinggi negara terhadap sumbangan besar golongan belia dalam mencorakkan kemajuan, perpaduan dan masa depan Malaysia. 💪

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan peluncuran Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 serta Rakan Muda MADANI disaksikan YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan serta YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. 😎

Turut hadir, YBhg. Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS serta YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN. 🤝

Orang ramai diundang memeriahkan Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan 2026 bermula 15 hingga 17 Mei ini dengan lebih 150 aktiviti merentasi 5 segmen tersedia buat anda. 🎉

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited! 🔥

#HBN2026 #MenggerakBeliaMADANI #BeliaMalaysia #JBSNKomited #MalaysiaMADANI 

taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 487
- **Shares:** 0
- **Comments:** 3

## Tags

beliamalaysia, menggerakbeliamadani, malaysiamadani, hbn2026, jbsnkomited

---
Copyright (c) Gondola