# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DZHTpm-iQXq
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/66243848-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/516ef7cf67.jpg
- **Posted:** 2026-06-03T06:45:56.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Kem Rakan Muda - Platform Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 🔥⚡️

Pembelajaran terbaik bukan sekadar berlaku di dalam bilik darjah, tetapi juga melalui pengalaman yang membentuk jati diri, kemahiran dan keyakinan diri. 💪

Kem Rakan Muda menjadi platform terbaik kepada golongan belia untuk meneroka potensi diri menerusi pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan, kerja berpasukan serta pembelajaran berasaskan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. 😘

Kolaborasi antara Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi tunjang dalam memastikan modul yang dibangunkan mampu melahirkan generasi belia yang berdaya tahan, berkemahiran, berfikiran kritis serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan. 🚀

Bagi melihat sendiri keberkesanan pelaksanaannya, Projek Rintis Kem Rakan Muda 2026 telah diadakan pada 2 hingga 5 Jun di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor (Kem Tekali), Hulu Langat dengan penyertaan seramai 50 orang peserta berusia antara 12 hingga 17 tahun. 🏕️

Terdahulu, YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, berkesempatan menyempurnakan majlis perasmian program tersebut, diiringi oleh En. Shamsuhaime Basir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda) JBSN. 🎙️

Nantikan pelaksanaan Kem Rakan Muda 2026 di negeri anda September ini! 🤝

Yakin Boleh, Rakan Muda! ⚡️

#KemRakanMuda #YakinBoleh #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 95
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

yakinboleh, malaysiamadani, kemrakanmuda, jbsnkomited

---
Copyright (c) Gondola