# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DacIazYn5ph
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/67605741-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/9444110f05.jpg
- **Posted:** 2026-07-06T05:23:15.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Lawatan Kerja KSU KBS ke Kepala Batas Youth Centre (KBYC): Projek Pembangunan Kini di Fasa Akhir

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke Kepala Batas Youth Centre (KBYC), Paya Keladi, Pulau Pinang bagi meninjau kemajuan projek pembangunan yang kini berada di fasa akhir pelaksanaan.

Projek hab belia bersepadu yang dibangunkan di atas tanah seluas 25 ekar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, e-sukan serta fasiliti sokongan bertaraf antarabangsa. Apabila siap kelak, KBYC akan berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang menyediakan ruang untuk pembangunan bakat belia, penganjuran aktiviti komuniti serta pembudayaan gaya hidup sihat.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk arena sukan berbumbung yang menempatkan gelanggang badminton, skuasy, futsal dan gimnasium. Selain itu, KBYC turut dilengkapi padang bola sepak, trek sintetik, taman papan selaju (skate park), arena e-sukan, bilik muzik, asrama, kafe dan surau yang dijangka memberi manfaat kepada golongan belia serta masyarakat di wilayah utara.

KBS komited memastikan projek ini disiapkan mengikut standard terbaik agar menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang aktif, berkemahiran, berdaya saing serta mampu melahirkan generasi yang cemerlang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 222
- **Shares:** 0
- **Comments:** 1

## Tags

rancakkanmadani, teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, kitasemuateammas

---
Copyright (c) Gondola