# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dab-IZ2n23Q
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/67605742-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/fb93d950ac.jpg
- **Posted:** 2026-07-06T03:53:21.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah merasmikan Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Solar) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam sempena Majlis Penutupan Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2026.

Program ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkasa TVET, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri tenaga boleh baharu. 

IKTBN Bukit Mertajam juga merupakan pusat latihan bertauliah awam pertama yang menerima pentauliahan daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi melaksanakan kursus Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installer.

Bagi memastikan latihan yang ditawarkan selari dengan kehendak industri, institut ini dilengkapi fasiliti pembelajaran merangkumi sistem solar On-Grid, Off-Grid dan Hybrid. 

Program ini telah memulakan pengambilan pertama seramai 20 orang pelajar bagi sesi 1/2026, manakala pengambilan kedua dijadualkan pada sesi 2/2026 dengan sasaran 30 orang pelajar.

KBS kekal komited memperkukuh ekosistem TVET melalui penyediaan kurikulum yang relevan, kemudahan latihan yang berkualiti dan tenaga pengajar yang kompeten, demi melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyokong agenda peralihan negara ke arah penggunaan tenaga yang lebih lestari dan mampan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 10
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

rancakkanmadani, teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, kitasemuateammas

---
Copyright (c) Gondola