# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DbFlKLvCTfF
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/68186393-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/1e1a639b4b.jpg
- **Posted:** 2026-07-22T07:43:14.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Buli bukan perkara biasa. Buli perlu dihentikan. 🚫 ⚠️

"Henti Buli, Mula Peduli" bukan sekadar slogan, tetapi satu gerakan nasional untuk membina masyarakat yang lebih selamat, inklusif dan saling menghormati. ❤️

YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir meluncurkan Kempen Antibuli PekaRasa: Henti Buli, Mula Peduli - sebuah inisiatif di bawah Rakan Muda yang memperkasa belia untuk menjadi ejen perubahan dalam membanteras budaya buli di sekolah, institusi pendidikan, tempat kerja, komuniti dan alam siber. 🏁

Kempen yang dijalankan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ini mengajak semua pihak untuk tidak lagi sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya tampil berani bertindak, menyokong mangsa dan menggunakan saluran bantuan yang selamat serta dipercayai. 🚀

Sekalung penghargaan kepada rakan strategik iaitu Gamuda Land, Siti Khadijah, ZUS Coffee, Vircle, Hust, Bateriku dan Nasken Coffee atas sokongan menjayakan inisiatif ini. 🤝🏻

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN dan saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM serta saudara Fazreen Fauzi, Presiden GPMS. 🫡

Perubahan bermula dengan kepekaan. Keberanian bermula dengan tindakan. JBSN komited. 💪

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 45
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

rakanmuda, teamkbs, malaysiamadani, jbsnkomited, teamjbsn

---
Copyright (c) Gondola