# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DbDJmDaICQY
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/68232357-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/badd085284.jpg
- **Posted:** 2026-07-21T09:03:54.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Rahimi Ismail telah menghadiri Majlis Makan Malam Beradat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama-sama Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN Tahun 2025/2026 (Kohort Wiraja Nusa) di Dewan Damar Sari, Putrajaya.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar ini sebagai simbolik penamat latihan dan persediaan melangkah ke medan khidmat perkhidmatan awam.

Semoga seluruh Kadet PTD Kohort Wiraja Nusa terus melangkah dengan iltizam tinggi, membudayakan kecemerlangan dan menyampaikan perkhidmatan terbaik berteraskan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A demi agama, bangsa dan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Kadet PTD Kohort Wiraja Nusa!

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #PerkhidmatanAwam #INTAN #PTD MALAYSIA TaatSetia

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 50
- **Shares:** 0
- **Comments:** 2

## Tags

teamkbs, malaysiamadani, perkhidmatanawam, ptd, intan

---
Copyright (c) Gondola