# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DbSGoEQII2D
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/68502695-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/c9ef1464e9.jpg
- **Posted:** 2026-07-27T04:26:34.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).

Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan hala tuju pembangunan sukan skuasy negara, khususnya strategi memperkukuh prestasi atlet menjelang temasya sukan utama antarabangsa termasuk Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Sukan SEA Malaysia 2027 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama strategik antara SRAM dan Majlis Sukan Negara (MSN), selain meneliti strategi semasa, cabaran serta persiapan kontinjen negara dalam usaha mempertahankan kecemerlangan skuasy Malaysia di pentas antarabangsa.

Bersama kita melakar lebih banyak kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. 🇲🇾

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja BeliaMADANI

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 71
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

rancakkanmadani, teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, kitasemuateammas

---
Copyright (c) Gondola