# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Db46ihcILpH
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/69023016-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/db28aa9517.jpg
- **Posted:** 2026-08-11T06:11:20.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol hari ini menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Bulan Ogos 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Haji Abdullah Hasan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Chan Hong Jin.

Dalam majlis sama, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) KBS Bil. 2/2026 kepada warga kerja KBS yang menunjukkan prestasi cemerlang. 

Majlis turut menyaksikan pelepasan peserta Eksplorasi Bahasa, sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan bahasa dan memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan warga KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #PerkhidmatanAwam #KBSBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 61
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, kbsbekerja, perkhidmatanawam

---
Copyright (c) Gondola