# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DcNmg1IoH9Y
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/69392336-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/582c9bfbf7.jpg
- **Posted:** 2026-08-19T07:00:23.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail mewakili Malaysia menghadiri Mesyuarat Pegawai Tinggi ASEAN Mengenai Belia Ke-15 (SOMY XV) yang berlangsung secara atas talian, hari ini.

Persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Filipina selaku Pengerusi ASEAN 2026 dengan kerjasama Sekretariat ASEAN ini menjadi platform serantau yang penting untuk memperkukuh hubungan dua hala dan pelbagai hala, di samping membincangkan agenda pembangunan, kesejahteraan dan pemerkasaan peranan belia di rantau ini.

Menerusi persidangan ini, Malaysia menegaskan komitmen memperkasa pelaksanaan Pelan Kerja ASEAN Mengenai Belia 2026–2030 menerusi pengukuhan ASEAN Youth Leadership Conference 2030 yang berfokus kepada kesihatan mental belia, transisi hijau dan keusahawanan inklusif. 

Bagi merapatkan hubungan antara rakyat, program mobiliti dan pertukaran belia serantau iaitu Youth Beyond Borders (Malaysia–Thailand 2026) dianjurkan sebagai sebuah inisiatif melibat 10 belia Malaysia yang bertujuan memperkukuh kepimpinan, kefahaman merentas budaya dan kerjasama serantau menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman, lawatan institusi dan platform dialog. Usaha pemerkasaan belia ini turut diperluas melalui platform seperti ASEAN Youth Pavilion dan Let's Talk ASEAN.

Malaysia turut menyokong Deklarasi peringkat ASEAN mengenai belia iaitu ASEAN Declaration on the Empowerment of Youth Climate Action and Disaster Resilience dan ASEAN Declaration on Strengthening Youth Development for a Resilient, Innovative, Dynamic and Inclusive ASEAN Community 

Malaysia melalui KBS terus komited memacu agenda belia ke peringkat global melalui kerjasama strategik seranta dan sentiasa memastikan suara serta agenda pemerkasaan belia negara seiring dengan pergerakan global. 

#TeamKBS #ASEAN2026 #BeliaMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja KBSMalaysia

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 21
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

asean2026, teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, beliamadani

---
Copyright (c) Gondola