# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dc05xm6JPV3
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/69941627-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/1c626e608a.jpg
- **Posted:** 2026-09-03T13:20:05.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Permohonan Sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 Secara Rasminya Ditutup! ⛔

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemohon atas minat dan kesungguhan, khususnya golongan belia untuk tampil dan menyumbang keringat serta bakti sebagai sukarelawan.

Komitmen ini dizahirkan menerusi jumlah permohonan luar biasa tinggi yang telah direkodkan menerusi Sistem Myprofil di bawah seliaan IYRES.

Semangat kesukarelawanan tinggi yang ditunjukkan ini merupakan satu bentuk sokongan dan penghargaan terhadap penganjuran perlumbaan bersejarah Formula 1 yang bakal berlangsung di Malaysia pada 2 hingga 4 Oktober depan.

Proses seterusnya adalah saringan dan penilaian pemilihan yang mana sebarang perkembangan terutamanya keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi e-mel yang berdaftar di dalam sistem.

Sekali lagi, KBS dan JBSN mengucapkan terima kasih kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini. Terima kasih Malaysia, anda luar biasa! 🇲🇾

Jiwa Berbakti, JBSN Komited 💪

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 1,014
- **Shares:** 0
- **Comments:** 32

## Tags

rakanmuda, teamkbs, malaysiamadani, jbsnkomited, teamjbsn

---
Copyright (c) Gondola