# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dcx5T6YCbIF
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/69941643-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/065895e73b.jpg
- **Posted:** 2026-09-02T09:17:19.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

500 Sukarelawan Digerakkan bagi Penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026! 🔥⚡

KBS membuka peluang kepada 500 orang sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026. 🏁

Majlis peluncuran inisiatif sukarelawan ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. 🎙️

Turut hadir, Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN dan YBrs. Encik Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC. 🚀

Permohonan dibuka mulai 2 September 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menerusi pautan https://myprofil.iyres.gov.my 🔗

Sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN melalui inisiatif Rakan Muda dan ditempatkan menerusi empat (4) skop utama iaitu perkhidmatan pelanggan, tiket dan kemasukan, perhubungan/ penyambut tetamu dan pengurusan kawasan MADANI. 🇲🇾

Turun padang, cipta pengalaman dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang menjayakan acara antarabangsa ini! 📸

Rakan Muda Yakin Boleh, JBSN Komited 💪

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 298
- **Shares:** 0
- **Comments:** 4

## Tags

teamkbs, malaysiamadani, jbsnkomited, teamjbsn, rakanmuda

---
Copyright (c) Gondola