# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dcx1f1JCS_Z
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/69941644-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/b2e179f8da.jpg
- **Posted:** 2026-09-02T08:43:59.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

500 Sukarelawan Diperlukan - Ini Masa Anda Berbakti dan Mencipta Pengalaman! 🔥⚡

KBS menerusi JBSN membuka peluang kepada 500 orang sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026. 🏁

Permohonan dibuka mulai 2 September 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan syarat-syarat seperti berikut: 👇🏻

1️⃣ : Warganegara Malaysia
2️⃣ : Berusia 18 tahun dan ke atas
3️⃣ : Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit
4️⃣ : Berdisiplin, berintegriti, boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi
5️⃣ : Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (kebolehan berbahasa asing adalah satu kelebihan)

Sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN melalui inisiatif Rakan Muda dan ditempatkan menerusi empat (4) skop utama iaitu perkhidmatan pelanggan, tiket dan kemasukan, perhubungan/ penyambut tetamu dan pengurusan kawasan MADANI. 🇲🇾

Mohon segera di https://myprofil.iyres.gov.my ! Turun litar, cipta pengalaman dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang menjayakan acara antarabangsa ini! 📸

Rakan Muda Yakin Boleh, JBSN Komited 💪

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 12,467
- **Shares:** 0
- **Comments:** 131

## Tags

rakanmuda, teamkbs, malaysiamadani, jbsnkomited, teamjbsn

---
Copyright (c) Gondola