# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DdWnRf6H1_6
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/70543353-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/483128870c.jpg
- **Posted:** 2026-09-16T15:31:36.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2026: BUDAYA DISATUKAN, BELIA DIPERKASA 🇲🇾

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyertai Fun Walk sejauh 3 kilometer sempena Malaysian Music Run dan Keretapi Sarong 2026 yang berlangsung di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Acara berkonsepkan muzik dan pemakaian kain sarong ini menghimpunkan seramai 10,000 peserta dalam suasana penuh meriah bagi meraikan warisan dan budaya tempatan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Dalam program sama, YB Menteri turut menyerahkan cek cura berjumlah RM200,000 kepada Gerakan Belia 4B Merbok, sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa gerakan belia di peringkat akar umbi.

Paling mencuri perhatian, Jalur Gemilang gergasi sepanjang 500 meter dikibarkan sempena Hari Malaysia dan disaksikan oleh YB Menteri bersama para peserta serta masyarakat yang hadir.

Langkah bersama, budaya diraikan, Jalur Gemilang terus berkibar! 🇲🇾

#TeamKBS #MalaysianMusicRun2026 #KeretapiSarong2026 #SarongRun #HariMalaysia2026

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 247
- **Shares:** 0
- **Comments:** 2

## Credits

No public credits are recorded here. This does not identify who made the post.

## Tags

harimalaysia2026, malaysianmusicrun2026, keretapisarong2026, sarongrun, teamkbs

---
Copyright (c) Gondola