# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DdReVa9nyh0
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/70543362-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/92db615f44.jpg
- **Posted:** 2026-09-14T15:37:17.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

APBN 2026 IKONIK SUMBANGAN BELIA, HARGAI BAKTI UNTUK NEGARA 

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Everly Putrajaya.

Diperkenalkan sejak 1988, APBN terus menjadi wadah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf pencapaian, sumbangan dan bakti belia Malaysia yang memberikan impak kepada masyarakat serta pembangunan negara.

Penganjuran APBN turut memperkukuh usaha memperkasa potensi belia dalam pelbagai bidang, di samping melahirkan generasi muda berjati diri unggul selaras dengan kerangka Malaysia MADANI, Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM2030) dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035.

Bagi tahun 2026, APBN mempertandingkan empat kategori anugerah utama dan satu kategori anugerah khas, dengan proses pencalonan bermula di peringkat negeri sebelum mengetengahkan penerima terbaik ke peringkat kebangsaan.

Lebih istimewa penyampaian Anugerah Khas YB Menteri Belia dan Sukan dianugerahkan kepada Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, yang diwakili oleh abang beliau, Ahmad Nor Iman Rakib, bagi menerima anugerah tersebut.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol; Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail serta Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura Abidin.

Bakti diiktiraf. Potensi diperkasa. Belia terus mencorak masa depan Malaysia. 🇲🇾🏆

#TeamKBS #APBN2026 #AnugerahPerdanaBeliaNegara #BeliaMADANI #MalaysiaMADANI

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 687
- **Shares:** 0
- **Comments:** 3

## Credits

No public credits are recorded here. This does not identify who made the post.

## Tags

anugerahperdanabelianegara, malaysiamadani, beliamadani, apbn2026, teamkbs

---
Copyright (c) Gondola