# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DdOmf05n0Vp
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/70543365-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/4dea81d677.jpg
- **Posted:** 2026-09-13T12:50:53.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Sidang Ketiga Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21 Tahun 2026 berlangsung penuh bermakna dengan penyempurnaan istiadat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol.

Kemuncak istiadat menyaksikan 130 belia Orang Kurang Upaya (OKU) menerima sijil tamat latihan selepas berjaya menamatkan Program Latihan Kemahiran Belia Autisme dan Berkeperluan Khas.

Pencapaian ini bukan sekadar sebuah pengiktirafan akademik, malah mencerminkan komitmen ILKBS dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada belia berkeperluan khas untuk membina masa depan melalui pendidikan, kemahiran dan TVET.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Encik Abdullah Hasan serta Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, YBrs. En. Mohd Sukri Ismail.

Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh graduan ILKBS. Hari ini anda diraikan, esok anda melakar masa depan. 🇲🇾

💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul

#KonvokesyenILKBS2026 #TeamILKBS #TeamKBS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 134
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Credits

No public credits are recorded here. This does not identify who made the post.

## Tags

teamkbs, konvokesyenilkbs2026, malaysiamadani, tvetmalaysia, teamilkbs

---
Copyright (c) Gondola