# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dds7eXGoHt0
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/70807696-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/04540f6528.jpg
- **Posted:** 2026-09-25T07:31:24.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

PELAN STRATEGIK KBS 2026–2030 DILANCAR, KSU HARGAI KOMITMEN WARGA KBS 🇲🇾 

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KBS September 2026 di Dewan Serbaguna, Menara KBS. Majlis anjuran bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) turut menjadi platform pelancaran rasmi Pelan Strategik KBS 2026–2030.

Pelan baharu ini meneruskan kesinambungan Pelan Strategik KBS 2021–2025 dalam memperkukuh komitmen kementerian untuk membentuk masa depan belia dan sukan yang lebih dinamik, inklusif dan berdaya saing.

YBhg. Dato’ KSU turut menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan SUKMA XXII dan Para SUKMA 2026 serta hadiah Pertandingan Keceriaan Dalaman KBS Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga KBS serta semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran temasya.

Majlis turut diserikan dengan Pra Pelancaran EKSA KBS bersempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 bagi menyemarakkan budaya kerja yang bersih, kemas dan kondusif.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah Hasan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin.

Pelan baharu, semangat baharu. Warga KBS terus melangkah bersama. 

#TeamKBS #PelanStrategikKBS #PerhimpunanBulananKBS #EKSAKBS #SUKMA2026 ParaSUKMA2026

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 47
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Credits

No public credits are recorded here. This does not identify who made the post.

## Tags

teamkbs, perhimpunanbulanankbs, pelanstrategikkbs, sukma2026, eksakbs

---
Copyright (c) Gondola