# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DeTHUFsID0g
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/71391173-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/4b72395167.jpg
- **Posted:** 2026-10-10T03:26:00.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

BELANJAWAN 2027 PERKUKUH PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGARA 🇲🇾🏅

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik peruntukan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara, termasuk sukan berprestasi tinggi, program Road to Gold (RTG), pembangunan atlet Para dan Sukan Orang Pekak serta penyelenggaraan fasiliti sukan. Selain itu, RM240 juta diperuntukkan bagi persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.

RM30 juta turut disediakan bagi Geran Padanan Sukan untuk menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi. Kerajaan juga memperluas pelepasan cukai individu meliputi pembelian kasut sukan, sebagai langkah menggalakkan budaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.

Dalam pembangunan belia, Program Budi Belia menawarkan insentif e-dompet RM100 kepada belia yang melengkapkan jumlah jam ditetapkan dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih.

KBS turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan atas sokongan berterusan terhadap pembangunan belia dan sukan negara, termasuk pengiktirafan terhadap kejayaan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 hasil kerjasama KBS dan pihak berkaitan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

#TeamKBS #Belanjawan2027 #SukanMalaysia #RoadToGold #SEAGames2027 BeliaMADANI MADANIBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 56
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teamkbs, sukanmalaysia, seagames2027, belanjawan2027, roadtogold

---
Copyright (c) Gondola