# @jbsnegara on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DeWVA1KiV5-
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/71677531-jbsnegara-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/5362c526ee.jpg
- **Posted:** 2026-10-11T09:23:25.000+00:00
- **Account Owner:** jbsnegara (@jbsnegara) — https://gondola.cc/jbsnegara

## Caption

Anugerah Sukan untuk Semua Iktiraf Penggerak Sukan Akar Umbi! 🔥⚡

Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS diiringi Encik Abd Aziz Abd Rahman, TKP (Pembangunan Sukan) JBSN hadir menyempurnakan Majlis Apresiasi Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Dewan Bankuet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. 🏁

Diperkenalkan semula pada tahun 2025, anugerah ini menjadi platform untuk menghargai penggerak sukan, menyemarakkan persaingan sihat serta memperluas penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan tanpa mengira usia dan latar belakang. 🇲🇾

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang sememangnya memberi inspirasi kepada negara seperti berikut: 👇🏻

📌 : Kategori Persatuan Sukan
🎖️ : Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan

📌 : Kategori Individu Lelaki
🎖️ : Encik Hilmi Yuslee Usli

📌 : Kategori Individu Wanita
🎖️ : Puan Nurul Izatulakmar Ishak

📌 : Kategori Individu OKU Lelaki
🎖️ : Encik Rashid Lair

📌 : Kategori Individu OKU Wanita
🎖️ : Puan Jariah Zakaria

📌 : Kategori Keluarga Aktif
🎖️ : Keluarga Encik Mohd Zamri Zainul Abidin

📌 : Kategori Anugerah Khas YB Menteri Belia dan Sukan
🎖️ : Encik Soh Wai Ching

Sekalung penghargaan juga dititipkan kepada rakan strategik yang setia bersama menyokong pembangunan sukan untuk semua terutamanya Hari Sukan Negara (HSN) iaitu Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd., Pos Malaysia, Decathlon Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro. 🫡

Sukan bukan sekadar tentang kemenangan dan pingat, tetapi juga tentang usaha menggerakkan masyarakat, menyatukan komuniti dan membudayakan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian! 🏟️

Kerana setiap usaha menggerakkan masyarakat itu bermakna. Setiap langkah menuju kehidupan aktif itu berharga. Dan setiap sumbangan dalam sukan membawa kita lebih dekat kepada sebuah negara bersukan! 🎯

Sukan untuk Semua, JBSN Komited 💪

#TeamKBS #JBSNKomited #MalaysiaAktif #MalaysiaMADANI #HSN2026

kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 95
- **Shares:** 0
- **Comments:** 2

## Credits

No public credits are recorded here. This does not identify who made the post.

## Tags

malaysiamadani, malaysiaaktif, hsn2026, jbsnkomited, teamkbs

---
Copyright (c) Gondola