# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/Dei18xdyLZR
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/71720661-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/3bd817ee7e.jpg
- **Posted:** 2026-10-16T06:02:22.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

🏎️ F1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX IN MALAYSIA 2026 PACU EKONOMI TEMPATAN

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menjawab pertanyaan mengenai kejayaan penganjuran perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 pada Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas.

Penganjuran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober lalu mencatatkan kehadiran seramai 261,000 pengunjung dengan lebih 97,000 tiket terjual. Inisiatif Tiket MADANI berharga RM200 bagi pas kemasukan tiga hari turut diperkenalkan untuk rakyat.

Selain itu, 40 usahawan tempatan di Litar Rasa MADANI merekodkan nilai jualan melebihi RM550,000, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #Formula1

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 525
- **Shares:** 0
- **Comments:** 5

## Tags

teamkbs, malaysiamadani, madanibekerja, kitasemuateammas, formula1

---
Copyright (c) Gondola