# @kbsmalaysia on Instagram

- **Type:** Image
- **Original URL:** https://www.instagram.com/p/DediAugINNb
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/71720669-kbsmalaysia-instagram
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/a812e97bbd.jpg
- **Posted:** 2026-10-14T04:31:41.000+00:00
- **Account Owner:** KBSMalaysia (@kbsmalaysia) — https://gondola.cc/kbsmalaysia

## Caption

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, mengadakan perjumpaan bersama Felo MADANI.

Perjumpaan ini menjadi platform untuk para felo berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi KBS, di samping mendapatkan pendedahan mengenai peranan kementerian dalam pentadbiran kerajaan, pelaksanaan dasar serta pembangunan belia dan sukan negara.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah Hasan, serta Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Rai’dah binti Mohd Yaman.

Diharapkan pertemuan ini dapat memperkukuh pemahaman para felo terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam, selain memberikan nilai tambah kepada pengalaman mereka sepanjang menyertai Program MADANI Fellowship 2026.

#TeamKBS #MADANIFellowship2026 #FeloPerdana #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

## Stats

- **Views:** 0
- **Likes:** 92
- **Shares:** 0
- **Comments:** 0

## Tags

teamkbs, malaysiamadani, madanifellowship2026, madanibekerja, feloperdana

---
Copyright (c) Gondola