# @cikguannaaziz on TikTok

- **Type:** Video
- **Original URL:** https://www.tiktok.com/@cikguannaaziz/video/7697652964931964168
- **Gondola URL:** https://gondola.cc/posts/74585969-cikguannaaziz-tiktok
- **Thumbnail:** https://img.gondola.cc/tr:w-,h-,fo-auto/postThumbnails/da3cb998d8.jpg
- **Posted:** 2026-10-17T15:05:00.000+00:00
- **Account Owner:** Cikgu Anna Aziz (@cikguannaaziz) — https://gondola.cc/cikguannaaziz

## Caption

Bermula 31 Oktober 2026, Kadar commission fee TikTok Shop bagi Marketplace Non-BXP berubah mengikut kategori produk. Bukan semua naik.  Ada kategori yang turun dan ada yang kekal.  Jadi, semak kategori produk anda dulu sebelum buat perubahan harga. KATEGORI YANG NAIK • Skincare: 15.12% → 16.74% • Makeup: 15.66% → 17.28% • Perfume: 15.66% → 17.28% • Haircare: 15.12% → 16.74% • Muslim Fashion: 14.58% → 14.91% • Beg tangan: 14.58% → 15.45% • Kasut: 14.58% → 15.99% • Pakaian kanak-kanak: 14.58% → 15.99% • Snacks: 13.50% → 14.36% • Minuman: 13.50% → 14.36% • Aksesori telefon: 11.34% → 12.96% • Peralatan dapur: 12.42% → 14.04% Contohnya, untuk perfume, kadar naik daripada 15.66% kepada 17.28%. Jika nilai yang dikenakan komisen ialah RM100, commission fee berubah daripada RM15.66 kepada RM17.28 : tambahan RM1.62.  Untuk 1,000 pesanan dengan nilai yang sama, bezanya RM1,620. Nampak kecil setiap order, tapi bila volume tinggi, kesannya pada untung memang terasa. KATEGORI YANG TURUN • Feminine Care: 14.58% → 12.10% • Oral & Nasal Care: 14.04% → 12.20% • Medical Supplies: 15.12% → 12.20% • OTC Medicine: 14.04% → 11.56% • Nursing & Feeding: 9.72% → 6.80% Untuk kategori ini, kira semula penjimatan yang anda dapat.  Boleh pertimbangkan ruang untuk promo, ads atau komisen affiliate mengikut kemampuan margin. KATEGORI YANG KEKAL • Baking: 0.00% • Fresh & Frozen Food: 0.00% • Dairy: 0.00% • Cooking Essentials: 0.00% • Pantry Food: 6.48% • Pre-owned Fashion: 14.58% • Voucher: 13.50% Kadar commission fee 0% dalam senarai ini tidak bermaksud semua caj platform adalah sifar. APA SELLER PERLU BUAT SEKARANG? ✅ Kira semula untung setiap produk selepas kos barang, caj platform, komisen affiliate, diskaun yang ditanggung dan ads. ✅ Semak produk yang margin dah terlalu nipis, terutama produk yang selalu masuk promo. ✅ Nilai semula harga, bundle dan bajet pemasaran berdasarkan kiraan sebenar. ✅ Bincang dengan affiliate jika perlu ubah struktur komisen supaya kerjasama masih menguntungkan kedua-dua pihak. UNTUK AFFILIATE PULA… Commission fee platform dan komisen affiliate ialah dua perkara berbeza.  Perubahan ini bukan bermaksud komisen affiliate anda automatik berubah. Namun, perubahan kos seller boleh mempengaruhi tawaran komisen mereka.  Pilih produk berdasarkan demand, kesesuaian audience dan kemampuan untuk convert & jangan tengok peratus komisen sahaja. Jangan tunggu hujung bulan baru sedar sales banyak, tapi untung tak seperti yang dijangka. 📌 Semua kadar di atas termasuk SST dan merujuk kepada ringkasan Marketplace Non-BXP dalam poster. Semak kadar kategori produk anda melalui Seller Center. Save untuk rujukan dan share dengan team yang urus harga, ads serta affiliate. Follow Cikgu Anna Aziz untuk perkongsian TikTok Shop, content, LIVE & GMV Max. 💜 #CikguAnnaAziz #affiliates #seller #komisen 

## Stats

- **Views:** 1,180
- **Likes:** 25
- **Shares:** 6
- **Comments:** 0

## Tags

seller, cikguannaaziz, komisen, affiliates

---
Copyright (c) Gondola