Jika anda nampak perokok di kawasan larangan merokok, Kementerian Kesihatan menggesa:
• Buat laporan melalui talian WhatsApp Aduan Merokok Kementerian Kesihatan di
+6010-860 8949, hotline
03-88924530, atau portal JomLapor.
• Sertakan gambar atau atau video bersama masa, tarikh, lokasi dan penerangan ringkas mengenai insiden dalam laporan anda.
Mulai Januari 2025, sebanyak 28 jenis kawasan telah diklasifikasikan sebagai zon larangan menghisap rokok dan vape dibawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Antaranya termasuk kedai dobi, bangunan tempat kerja, kawasan hospital atau klinik, tempat makan, kedai berhawa dingin, dan pusat hiburan atau teater.
Perokok yang melanggar peraturan boleh didenda sehingga RM5,000. Manakala pemilik atau penghuni premis pula boleh didenda RM5,000 jika mereka gagal memaparkan tanda larangan merokok, menyediakan kemudahan merokok, atau tidak mengambil langkah menghalang aktiviti merokok.
#BFMKeepInView