Sebuah kajian melaporkan bahawa 1 daripada 4 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun berdepan perasaan murung, manakala lebih 12 peratus remaja di kawasan PPR Lembah Klang pernah terfikir untuk mencederakan diri atau membunuh diri. 😰
Prihatin terhadap isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil langkah proaktif meluncurkan Projek Dengar Rakan Muda, sebuah platform sokongan emosi dan sosial percuma.
Disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, inisiatif di bawah gaya hidup Rakan Muda – Rakan Prihatin ini dilaksanakan dengan kerjasama UEM Sunrise Berhad, HELP University dan The Befrienders Kuala Lumpur, bagi menyediakan ruang selamat untuk belia berkongsi dan didengari.
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, menggalakkan belia mendapatkan bantuan profesional, serta menggerakkan kesejahteraan emosi dalam komuniti belia.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian ...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects