facebook pixel
Kursus Klasifikasi Sukan Para: Mengilmukan Pegawai, Memartabat Atlet OKU 🇲🇾 Seremban, 23 Oktober 2025 – Seramai lebih 30 peserta terdiri daripada pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri (PESRON) serta Penggerak Sukan Para Negeri telah menamatkan Kursus Pengenalan Klasifikasi Sukan Para anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang berlangsung di Palm Hotel, Seremban hari ini. Kursus selama tiga hari ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas klasifikasi sukan para meliputi tiga kategori kecacatan utama iaitu Fizikal (PI), Intelektual (II) dan Penglihatan (VI), disampaikan oleh Classifier bertauliah Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN. Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Sembilan dan wakil Persatuan Renang Para Wilayah Persekutuan (PREPWIP). Kursus ini diharap dapat melahirkan lebih ...

 29

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects