JBSN dan AoS Bincang Potensi Pelaksanaan Program Pencegahan Jenayah Berasaskan Sukan di Malaysia 🇲🇾
Hari kedua Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN ke-16 (SOMS 16) turut menyaksikan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, mengadakan pertemuan strategik dengan delegasi Alliance of Sport (AoS) yang diketuai oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mr. James Mapstone, bersama Penasihat Kanan, Mr. Vongthep Arthakaivalvatee.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada potensi pelaksanaan inisiatif pencegahan jenayah berasaskan sukan di Malaysia, dengan meneliti modul serta amalan terbaik antarabangsa yang dibangunkan oleh AoS untuk disesuaikan dengan konteks tempatan.
Alliance of Sport (AoS) merupakan organisasi antarabangsa yang menggunakan kuasa sukan dan aktiviti fizikal bagi membanteras jenayah serta membina komuniti yang lebih selamat, sihat dan berdaya tahan.
Inisiatif ini dijangka membuka ruang kerjasama baharu dalam memperkukuh pe...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects