Program Hari Kebesaran Islam sempena Nuzul Al-Quran 1447H/2026M dan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS dengan kerjasama Biro Kerohanian PUSPANITA Cawangan KBS serta Surau Al-Qawiyyun Al-Amin telah diadakan pada 12 Mac 2026 di Menara KBS secara hibrid.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Musidah binti Mohid @ Mohamad, Pengerusi PUSPANITA KBS; YBrs. Puan Rai’dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS dan Encik Mohd Izwan bin Izham, Pengerusi Surau Al-Qawiyyun Al-Amin.
Majlis dimulakan dengan sesi tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Fazrul bin Ismail, Pentadabbur My
#QuranTime Malaysia dan World
#QuranHour. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Qari rancangan My
#QuranTime TV Al-Hijrah serta Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2010 dan 2016 sebagai simbolik penutup kepada program tadarus sepanjang Ramadan.
Se...