Setiap kali aku lihat semula gambar di puncak Crown Range Road, rasa gugup itu datang semula. Ini kali kedua aku memandu motorhome melebihi tujuh meter ke puncak gunung di musim sejuk. Kali pertama di Mount Wellington, Tasmania—tingginya 4170ft. Crown Range ini lebih rendah, 3678ft, tapi jauh lebih mendebarkan.
Jalannya sempit, basah, dan diselaputi salji yang belum pun turun sepenuhnya. Sepanjang pendakian, aku diam-diam berdoa, minta agar cuaca kekal tenang. Jangan sampai salji turun mendadak dan memaksa kami pasang rantai pada tayar. Kami tak rancang lalu sini. Jalan ini biasanya ditutup bila salji tebal, tapi hari itu ia dibuka. Kami ikut saja, tak tahu yang beberapa hari selepas itu, kami akan terima e-mel yang menyatakan motorhome sebenarnya dilarang guna laluan ini.
Tapi semua itu sudah jadi pengalaman yang tak dapat dipadam. Salji di puncak Crown Range—itulah yang paling lembut, paling bersih sepanjang kami di New Zealand. Mungkin tak semua tempat turunkan texture salji yang ...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects