Lama tak godek lightroom.
Dulu, seperti air dalam tempayan retak —
sentiasa mengalir keluar,
takut dilihat penuh, takut dicemuh.
Segalanya dijelaskan,
walau tiada yang haus.
Kini, seperti air di gunung tinggi,
hanya mengalir pada yang mendaki.
Berani menjadi diam,
kerana diam itu tanda berisi.
Ilmu bukan suapan mulut tertutup,
tapi haruman bagi jiwa yang terbuka.
Akhirnya, tenang itu milik orang tahu nilainya.
#sydney #afterdark