KENALI BATERI PIXEL ANDA
1. KENAPA KESIHATAN BATERI PIXEL ANDA PENTING
Semua telefon pintar termasuk model Pixel menggunakan bateri litium-ion yang semakin menurun kapasiti bila digunakan dan dicas berulang kali.
Model-model dari Pixel 3 hingga Pixel 8 Pro dan Pixel Fold disasarkan untuk mencapai ~80% kapasiti asal selepas ~800 kitaran pengecasan. Untuk Pixel 8a dan model selepasnya, sasaran ialah ~1000 kitaran.
2. SEMAK KESIHATAN BATERI
Bagi model Pixel 8a dan ke atas:
Pergi ke Settings --> Battery --> Battery health.
Status “Normal” = dalam had; “Reduced” = kapasiti kurang 80% dan digalakkan untuk menggantikan bateri.
3. TIP UNTUK MENGEKALKAN HAYAT BATERI
Caj di persekitaran sejuk (kira-kira 25 °C) dan elakkan suhu ambien melebihi 35 °C.
Aktifkan ciri seperti Adaptive Charging, dan matikan ciri yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penggunaan kuasa.
Jika menyimpan telefon untuk jangka masa panjang, tinggalkan bateri sekitar 50% untuk mengurangkan kerosakan kapasiti...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects