YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, telah menghadiri Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan.
Program yang berlangsung dalam suasana santai, terbuka dan penuh mesra ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mendekati penjawat awam, mendengar pandangan, memahami cabaran yang dihadapi serta menghargai sumbangan mereka sebagai tunjang utama pentadbiran negara.
Platform ini turut menjadi wadah yang signifikan dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negara dengan warga perkhidmatan awam, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
📸 jabatanperdanamenteri