BICARA INSPIRASI KSU KBS BERSAMA PELAJAR DAN WARGA KERJA IKBN TANAH MERAH
Berani bermimpi. Berani bertindak. Berani berjaya! ✨
Itulah mesej yang dikongsikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Rahimi Ismail, dalam Program Bicara Inspirasi bersama warga kerja dan para pelajar IKBN Tanah Merah.
Beliau mengajak para pelajar untuk berani memasang impian, menetapkan hala tuju yang jelas dan berpegang kepada prinsip hidup yang baik. Kejayaan bukan datang dengan mudah, tetapi dibina melalui usaha yang konsisten, disiplin dan kesungguhan.
YBhg. Dato' Rahimi turut menyeru warga pengajar ILKBS untuk terus memperkukuh kemahiran, menguasai teknologi semasa serta memperluaskan kerjasama dengan industri supaya latihan yang diberikan sentiasa relevan dengan keperluan dunia pekerjaan.
Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IKBN Tanah Merah untuk terus melangkah ke hadapan sebagai generasi TVET yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bers...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects