Terima kasih Sungai Petani, anda luar biasa! 🔥⚡️
Program MADANI Kita 2026 yang membawakan tema “Aktif Bersama Komuniti” berlangsung dengan jayanya di Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. 🎉
Pelbagai pengisian berteraskan perkhidmatan kerajaan dan mesra rakyat termasuk belia dan sukan telah disediakan kepada pengunjung antaranya penukaran dan penggantian MyKad, penukaran minyak enjin motosikal dan potong rambut percuma, jualan Rahmah dan Agro MADANI serta banyak lagi. 🇲🇾
Selain itu, turut berlangsung “World Cup Fever Walk”, bola sepak “3 on 3”, tarik tali dan sebagainya. Oh, alpaca pun ada juga tau! 🦙
Terima kasih, ada rezeki kita jumpa lagi! 🫡
Demi belia dan sukan, JBSN komited 💪🏻
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2