Gelanggang sudah dibuka, selamat berjuang wira dan wirawati Malaysia! 🇲🇾
Seluruh warga JBSN mendoakan agar setiap atlet, jurulatih dan pegawai diberikan kekuatan, ketabahan dan keyakinan untuk mengharungi cabaran di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026. 🏁
Seramai 59 atlet termasuk 22 orang atlet para akan membawa cabaran negara dalam 64 acara merangkumi 8 jenis sukan dengan sasaran 5 pingat emas, 2 pingat perak dan 4 pingat gangsa bermula 23 Julai hingga 2 Ogos 2026. 🎯
Semoga setiap langkah, setiap keringat dan setiap pengorbanan yang dicurahkan menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. Terbanglah tinggi bersama Jalur Gemilang dan ukirlah sejarah di Glasgow. 🚀
Kita Semua Team MAS, JBSN Komited 💪🏻
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2