Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Datoโ Rahimi Ismail.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima atas pengiktirafan yang diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, integriti dan prestasi cemerlang dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan sukan negara.
Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan, malah menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menginspirasikan warga KBS untuk terus melakar kecemerlangan.
Terus melangkah dengan tekad, berkhidmat dengan penuh dedikasi dan mencipta kecemerlangan.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Cemerlang KBS 2026! ๐๐
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #AnugerahCemerlangKBS2026 #KBS