Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan ProPitch 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
Mengangkat tema “Innovate to Elevate: Smart, Digital & Green Innovation”, ProPitch 2026 menjadi platform bagi mengetengahkan idea, kreativiti dan inovasi generasi muda dalam menghasilkan penyelesaian yang berimpak serta relevan dengan keperluan semasa.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang ProPitch 2026 atas usaha, kreativiti dan komitmen yang ditampilkan. 👏🇲🇾
#TeamKBS #ProPitch2026 #IKTBN #BeliaMADANI #MalaysiaMADANI MADANIBekerja