Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol telah menyempurnakan Pelancaran Jaya Grocer X HYROX Challenge yang berlangsung di KLGCC Mall, Kuala Lumpur.
Turut diperkenalkan ialah Fitness & Wellness, seksyen baharu yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tinggi protein, minuman berfungsi, suplemen serta keperluan kesihatan harian bagi membantu masyarakat mencapai tahap kecergasan terbaik.
Inisiatif ini menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, di samping memperluas peluang penyertaan dalam aktiviti kecergasan dan sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja