Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebagai ganjaran kepada atlet kontinjen Malaysia yang berjaya meraih pingat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata peruntukan itu merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan, komitmen serta kejayaan atlet yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
#RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #KBSMalaysia #TeamMAS