facebook pixel
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2026 di Menara KBS, Putrajaya. Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja dan persiapan HSN 2026 bagi memastikan sambutan yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 di seluruh negara dan 17 Oktober 2026 di Sarawak dapat dilaksanakan secara tersusun, menyeluruh dan berimpak tinggi. YBhg. Dato’ Rahimi turut menyempurnakan penyerahan cek cura berjumlah RM150,000 kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) bagi menyokong penganjuran program dan aktiviti HSN oleh kementerian-kementerian. Layari harisukannegara.my untuk maklumat lanjut. #TeamKBS #HariSukanNegara2026 #HSN2026 #MalaysiaMADANI #SukanUntukSemua RakanMuda
https://www.instagram.com/p/DcAjU9TICVE
Posted on Instagram ·

 20

    Suggested Credits

    Credits on Gondola describe each credited role and may be incomplete. A brand or featured person is not necessarily the creator.

    Tags, Events, and Projects