Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hari ini menerima sesi taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Encik Azhan Shafriman Hanif berkaitan perkembangan serta Persediaan Penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.
Taklimat memberi fokus kepada perkembangan semasa serta persiapan menjelang penganjuran acara bertaraf antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
KBS komited memastikan aspek kesiapsiagaan fasiliti, kelancaran penganjuran dan pengalaman terbaik kepada penonton serta pengunjung diberi perhatian sewajarnya. Malaysia bersiap sedia menyambut deruman Formula 1! π²πΎποΈ
#TeamKBS #Formula1 #F1 #SepangInternationalCircuit #MalaysiaMADANI SukanMADANI