Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengadakan lawatan kerja ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi meninjau sendiri persediaan dan tahap kesiapsiagaan fasiliti berkenaan menjelang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada persediaan menyeluruh, khususnya dalam memastikan pengalaman penonton, aspek keselamatan serta kelancaran pergerakan pengunjung diberi perhatian sewajarnya.
Persiapan sebagai tuan rumah acara bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja melibatkan kelancaran perlumbaan, malah turut merangkumi pengalaman keseluruhan pengunjung dari dalam dan luar negara agar penganjuran ini menjadi satu pengalaman yang membanggakan buat Malaysia. 🇲🇾🏎️
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #TaatSetia #Formula1 #SepangInternationalCircuit