Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Datoโ Rahimi Ismail telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek pembinaan Kompleks Sukan Ragbi di Sabah bagi meninjau perkembangan semasa serta kemajuan pelaksanaan projek tersebut.
Lawatan ini turut disertai Ahli Lembaga Perolehan KBS iaitu wakil Kementerian Kewangan, Puan Azura binti Mohammad Yusuf; wakil Jabatan Kerja Raya, Encik Mohammad Fahmi bin Abd Gaffar; dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Encik Muhd. Firdaus bin Kassim.
Lawatan turut disusuli taklimat berkaitan status kerja, pencapaian fizikal projek serta isu-isu pelaksanaan yang memerlukan perhatian bagi memastikan projek berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan ini mencerminkan pendekatan bersepadu KBS dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan sukan dipantau secara menyeluruh, teratur dan berkesan demi manfaat komuniti serta pembangunan sukan negara. ๐ฒ๐พ๐
#TeamKBS #SukanMADANI #Ma...