Temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 secara rasmi membuka tirainya menerusi Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol; serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail turut hadir menyaksikan detik bersejarah pembukaan temasya sukan terbesar di peringkat negeri ini.
Meskipun berdepan cabaran dan kekangan semasa, namun komitmen terhadap pembangunan sukan serta kecemerlangan atlet terus diperkasa! SUKMA kekal sebagai platform penting dalam mencungkil bakat, membina generasi atlet berdaya saing dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda.
Selamat berjuang buat semua atlet dan kontinjen yang mengambil bahagian. Tunjukkan semangat, berikan yang terbaik dan harumkan nama negeri s...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects